tempat: Keriang Kedah
10 orang murid Darjah Empat Sekolah Kebangsaan Sri Gunong di Gunung Keriang dekat Alor Setar cedera dengan dua daripadanya serius selepas lantai bangunan sekolah yang menempatkan kelas mereka runtuh pagi tadi.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu melibatkan 30 murid yang sedang mengikuti kelas Pendidikan Islam.
Lantai dikatakan runtuh secara tiba-tiba dan murid yang berada di dalam kelas itu terjatuh ke dalam lubang sedalam satu meter dan selebar dua meter persegi.
Lima murid lelaki dan lima murid perempuan itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini bagi mendapatkan rawatan, oleh pihak sekolah dan ibu bapa yang kebetulan berada di situ.
Salah seorang murid berkenaan, Mohd Aliff Hakim Abu Bakar berkata ketika kejadian, secara tiba-tiba lantai kelasnya reput (patah) menyebabkan dia terjatuh ke dalam lubang runtuhan itu.....
kejadian ini berlaku kerana usaha pihak sekolah yang inginkan keselesaan untuk para pelajar dengan membina lantai konkrit di atas lantai asal yg di buat dari kayu ..
ia berkemungkinan tiada konrit yg kukuh untuk menyokong..semua pelajar yg cedera d kejarkan ke hospital sultanah bahiyah...
No comments:
Post a Comment